Saturday, March 26, 2011

Earth Hour di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan. (JOHO event)





Assalammualaikum. hari ni aku mahu berkongsi pengalaman masa aku pergi sambut Earth Hour di Bukit Timbalan. Malam tuh, memang happening lah! huhu.. okay2. Aku mula keluar rumah pada pukul 1.00pm dan terus mengambil ayai di rumahnya. Senang cite, memang kami berdating je lar. haha.. Ikutkan ada lar juga membe yang mahu follow. Tapi tiba2 tak jadik plak. hampeh.. -.-". Okay. Aku plan2 dengan ayai untuk pergi ke City square. (yelar. mane lagi JB klaw tak City square ngan KSL city) Entah ayai balik JB mesti shopping. (ehh. mcm lar aq nih tak kaki shopping. hehe..) Itu lar, ayai kate walaupun hidup di KL lifestyle dia agakk styleeee. Tapi disana untuk shopping barang2 mmg loaded. Nengok harga macam nak penumbuk promoter tuh je, haha.. (selalunya orang gune ayat,"harga bwk gaduh".huhu..) Okay, berbalik pada pergi ke City square.

Setelah sampai disana, aku dengan ayai pon berjalan2 and shopping sikit disana. Agak bosan lar pada aku, sebab aku dah banyak kali datang ke sini. Pada ayai dia memang tak bosan sebab dia tak selalu datang ke sini. Kedai yang selalu kami singgah mesti di Machines (kedai iphone, ipad and etc), MPH dan popular. Ayai pun dah dapat barang yang di nak shopping.

Okay. Earth hour JOHO event tuh katanya start pada pukul 8 malam. Tapi time tuh baru pukul 3 petang. Fuhh. memang bosan lar tak tau nak gi mana. Mesej membe aku, dia pun mengajak chill2 di kedai J.CO iaitu kedai donut. Sebelum menunggu sampai pukul 8. berbual2, ketawa2 bergedik2. hahaa.. nengok jam balik, dah menunjukkan pukul 5.30 petang. So, aku dengan ayai terus pegi awal sedikit ke event tuh. Sampai disana, event tuh belum start lagi, tapi ada lar jugak Booth yang dah bukak. Di booth itu ada jual baju2, button, accesorries dan lain2 lagi. Ehh terlupa, yang aku ni sebenarnya dah kat Bukit timbalan. First time taw aku masuk di bukit timbalan. Berdepan dengan Bangunan Sultan Ibrahim. Dapat lar juga aku masuk disitu akhirnya. Tempat memang lawa untuk Photoshoot. Di JB nih pun dah ramai sangat Photographer yang professional and rookie. hahaa.. maybe kat JB nih rmi artis2 and icon2 kot..euwwwww..haha..gedik lar plak..haha.. setelah berjalan2 di booth. Aku ngan ayai lepak2 lar di tebing2 yang ade disitu. Bukan tebing untuk bunuh diri ya.hahaa.. Aku ada jugak ambik gambar sikit menggunakan handphone aku yang bajek iphone ni. haha.. ni aq nak kongsikan skit gambar nya. okay, sekali lagi jam menunjukkan pukol 8.30 malam.

Event itu dah mula start dengan menyambut kedatangan Datuk Bandar Johor Bahru. Setelah itu, acara diteruskan lagi dengan menutup Suis yang besar itu. (sorry xde gambarnya) dengan kiraan 20, datuk bandar menutup suis itu. maka tertutuplah lampu2 di bukit timbalan itu. Cuma bergelap sedikit and ada bantuan cahaya lilin yang orang ramai bawa dah yang ada di letakkan kan di bangunan itu. Acara itu di mulai dengan tarian kebudayaan Melayu, cina dan india. Tarian melayu kita di tarikan dengan tarian budaya Johor. Aku pun ternganga tahap lalat masuk nengok tarian die..hihi.. selepas itu, ape yek? haha..lupe2 plak. Happening punya fasal sampai tak teringat apa yang terjadi kat event tuh..huhu.. Ayai pula sibuk dengan ipod die je. Aku cerita apa yang aq ingat je lar yeh..hihi..

Okay. Artis Pertama iaitu Aizat Amdan AF bla bla blah. (lupe af bape. hihi.) Lagu dia memang santai je. Kalau sesiapa ada bawak girlfriends. Memang sesuai sangat lar kan untuk bermada asmaradana. Aku nengok time tuh, orang belakang aku dah mule berpelukan. Aku ngan ayai je yang tak berpeluk. haram laki peluk ngan laki. kihkihkih... eh. tak lupe juga, haram kalau peluk tidak bernikah.hihii.. Aizat membawa lagu Years For Now, Susun Silang Kata dengan Sungai Lui kot. hihi.. di pendekkan cerita. Memang best lagu2 Aizat. Next, tak silap aku FYNN JAMAL perform dengan gaya samseng ketika menaiki atas pentas. Lagu first die tak silap aku "150 JUTA". (betul tak ayai?) patut lar, macam penah dengar lagu tuh. Aku dengar mase membe kolej aku buka lagu tuh kat handphone. Aku ingtkan Yuna versi baru or Zee Avi versi baru. haha..! boleh tahan jugak lagu die tuh. huhu... Okay, selepas itu pula, lagu die ape ntah, lupe tajuk die. haha.. Yang penting lagu tuh feeling lar. Dia kate lagu tuh di tujukan pada suami dia. (dah kawin dah...) Sampai bersedih kot dia nyanyi kan lagu tuh. Tapi dia still boleh control lagi lar. Suara dia memang terbaek, walaupun tiada vokal. Memang best mase nada suara tinggi dia. Orang ramai kat situh mungkin ternganga jugak dibuatnye. Yela, mana ada penah orang nyanyi sambil bersedih. Lirik lagu dia memang penuh bermakna. Okay, di pendekkan cerita,

Next band iaitu STATIK. (last band untuk event tuh taw!) STATIK juga merupakan artis anak JATI JOHOR. Terdiri daripada HAZIQ. (membe aku juga tuh! hihi..) and err...emm...lupe plak name2 band mates die. hihi.. STATIK membawakan lagu Nikmat Sementara dengan Bintang. (ehh betul ke tajuk lagu yang aku bagi? hihi..) Fuh... memang santai lagi lar aku dibuat nya. Bruno Mars johor kot. hihihi.. okay, tidak lame tuh, aku dengan ayai pon balik. Kalau tak balik lambat sikit sampai show tuh habis. Habis si Ayai tuh, dah tahap pundi kencing nak meletup. Dah bape lame die simpan kencing tuh. Batu karang kan nanti. haha.! okay, disini je lar yang mahu aku kongsikan pada kawan2 aku yang membaca ini. Bukan nak jelez kan yang tak dapat pergi yeh. Cuma nak kongsi je. hahaa.! Okay. Assalammualaikum. Bye!

2 tahun tidak post apa2 di blog ini.


Okay. Sudah 2 tahun aku tak pernah update blog ini. Sebelum ini aku ada post2 yang lain. Tapi aku dah delete. huhu.. Okay. Pada hari ini, aku cuba rajin2 menaip blog apa yang aku mahu share dekat kamu semua. Bace or tidak bace. Itu terpulang kepada masing2. Blog aku ni pun bukannya ada yang best pun. hihihi.. Okay. rasanya, itu je kot yang aku mahu bagitahu.huhu..